Get Adobe Flash player
** SELAMAT DATANG KE PORTAL SK TAMAN DUSUN NYIOR ** || ** SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG ** || ** MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI **
 
MURID

•Setiap murid menerima p&p di dalam bilik darjah yang kondusif mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

•Setiap murid berasa selesa dan selamat sepanjang berada di dalam kawasan sekolah.
•Semua murid mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum, sukan, permainan, persatuan dan badan beruniform sekurang-kurangnya 120 minit seminggu.
•Semua murid yang layak, diuruskan menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia/Kementerian Pelajaran Malaysia, SPBT, RMT, KWAPM, SBT, Bantuan Uniform dan lain-lain.
 
IBU BAPA/PENJAGA
•Setiap ibu/bapa/penjaga murid sah yang berurusan dengan pihak sekolah mendapat layanan yang sepatutnya dalam kadar masa yang sesuai.
•Sebarang maklumat mengenai aktiviti murid dimaklumkan melalui surat siaran yang diberikan melalui anak/ank jagaan masing-masing.
•Setiap aduan yang melalui protokol yang betul akan diberi perhatian dan diambil tindakan dalam tempoh segera atau kadar 1, 3 dan 7 hari (mengikut kesesuaian aduan).
 
GURU/STAF
•Semua guru/staf baru yang melapor diri mendapat gaji dalam tempoh tiga bulan (sekiranya semua dokumen yang diperlukan lengkap)
•Mendapat layanan yang sepatutnya apabila berurusan dengan pihak pengurusan/pentadbiran.
•Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh tujuh hari bekerja apabila maklumat dan dokumen diperolehi.
•Menerima Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sekurang-kurangnya tujuh hari dalam setahun.
•Semua surat siaran mengenai peluang  kenaikan pangkat, kursus dan latihan dimaklumkan melalui iklan di papan kenyataan, secara lisan atau tulisan untuk tindakan seterusnya oleh mana-mana guru/staf yang berkenaan.
 
STAKEHOLDER
•Semua arahan atau maklumat yang diperlukan oleh PPD, JPNS atau KPM mendapat maklumbalas dan tindakan segera.
•Melaporkan sebarang kejadian kepada pihak PPD, JPNS atau KPM mengikut peraturan yang ditetapkan.