Get Adobe Flash player
** SELAMAT DATANG KE PORTAL SK TAMAN DUSUN NYIOR ** || ** SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG ** || ** MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI **
 

Perutusan Guru Besar

 

 

Assalamualaikum , Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

             Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

 Semoga laman web ini akan dapat mempereratkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini. 

Pada masa kini, arus teknologi maklumat telah menjadikan komputer dan internet sudah serasi dengan pelbagai urusan harian yang boleh dilakukan secara elektronik. Pemindahan maklumat secara elektronik dan globalisasi telah memberi kesan yang bukan sedikit kepada dunia pendidikan. Sesuai dengan arus ini, sekolah dan warga sekolah juga mesti berubah selaras dengan gelombang kemajuan.

Para pendidik harus bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Ianya selaras dengan kehendak profesion. Para pendidik juga perlu gigih, kreatif dan inovatif serta mempunyai daya tahan bagi menghadapi cabaran dan ketidakpastian dalam dunia siber dan demi melahirkan anak didik yang cemerlang mengikut arus kemajuan pendidikan di negara kita.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman. 


Sekian, terima kasih. 

 

Baharin bin Mohd Sari 

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan 

 

 

 

SENARAI NAMA GURU BESAR 1991-2018

  Nama Guru Besar Tahun Bertugas
1. Cik Hjh Saliha bt Yahaya 01.12.1991   hingga   15.10.1991
2. Pn Hjh Ithniah bt Ahmad Thani 16.20.1992   hingga   31.03.1993
3. Pn Rohaini bt Abdullah 01.04.1993   hingga   31.01.1994
4. Pn Hjh Noresah bt Othman 01.02.1994   hingga   20.12.1995
5. Pn Hjh Zainon bt Md Zin 21.12.1995   hingga   09.06.1999
6. En Mohd Don b Hj Samian 10.06.1999   hingga  15.07.2003
7. Pn Hjh Siti Meriam bt Bahari  30.09.2003   hingga   12.12.2005
8. Pn Noreha bt Adam  31.12.2005   hingga   30.11.2011
9. En. Baharin b Mohd Sari 1.12.2011     hingga    30.08.2016
10 Tuan Hj  Kamarudin b Hj Abu Hassan 01.09.2016   hingga       kini