Get Adobe Flash player
** SELAMAT DATANG KE PORTAL SK TAMAN DUSUN NYIOR ** || ** SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG ** || ** MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI **
 

 

Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2013 

SKTDN telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang untuk 2013 pada 13 Noverber 2013 bertempat di Dewan SKTDN. Majlis ini telah di rasmikan oleh Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Seremban. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi PIBG Sekolah dan Ibu bapa murid-murid SKTDN.  Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai kerja keras murid-murid dalam menimba ilmu sepanjang tahun 2013. Pelbagai peringkat ketegori pengiktirafan telah disampaikan dalam majlis ini. Majlis ini juga diserikan juga dengan persembahan murid-murid SKTDN dari setiap peringkat.  

Read more: Hari Anugerah 2013

Sukaneka Mini SKTDN

          9 Julai 2013, Acara Sukaneka Mini telah dianjurkan oleh Guru-guru Pelatih IPG Raja Melewar sempena Bulan Kecergasan SKTDN bagi Tahun 2013. Acara ini disertai oleh murid-murid tahun 4 yang terpilih. Sukaneka ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTDN iaitu Cikgu Baharin bin Mohd Sari. dan dihadiri oleh guru-guru SKTDN. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah

Read more: Sukaneka SKTDN 2013

Program strategi belajar disaat akhir

26 Jun 2013, Pihak sekolah di bawah unit kaunseling telah menganjurkan satu Program strategi belajar disaat akhir khas untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR kelak. Program ini diadakan di Dewan Besar SKTDN dan dihadiri oleh semua murid-murid tahun 6.

Read more: Program strategi belajar disaat akhir

Lawatan PSS ke Kuala Lumpur

 Satu lawatan sambil belajar anjuran Pusat Sumber Sekolah SKTDN telah diadakan pada 29 Jun 2013. Lawatan ini disertai oleh murid-murid Prasekolah, murid-murid tahun 5 dan murid-murid tahun 6. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Muzium Bank Negara Malaysia, Muzium Diraja dan Tugu Negara. 

 

Read more: Lawatan PSS ke KL 2013

Sambutan Hari Guru pada tahun 2013 telah diadakan pada 17 May 2013. Sambutan ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan dihadiri oleh semua pendidik SK Taman Dusun Nyior, murid-murid dan wakil-wakil dari PIBG SK Taman Dusun Nyior. Sambutan ini  dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Sembilan. Guru Besar SK Taman Dusun Nyior telah menyampaikan ucapannya dalam sambutan hari guru ini.

 

Read more: Sambutan Hari Guru Tahun 2013